phew~ selama dua hari tak berada depan lappy. rasa lega mata ni daripada radiasi skrin lappy yang kian menyakitkan kornea aku. selama dua hari lepas aku melepak kat desaru.. konon trip ala-ala hawai lah sangat!
sebenarnya ada family day. tapi kali ni bukan dengan family sedarah sedaging se-acuan. tapi dengan jiran tetangga iaitu ahli komuniti taman bestari tempat aku menetap ni. family aku support jew. lagipun affordable dan rugi kalau tak join. grab je la kan.
kitorang stay kat damai desaru beach resort. hotelnya nice dan view hadap laut tu memang best. boleh nampak sunrise dan sunset. which is on our right and left side. ditambah dengan sound effect bunyi deruan ombak. kicauan camar dan desiran daun dihembus angin. sangat mendamaikan. patut-lah nama resort ni damai. LOL.
tapi sayang gilak. cuaca sepanjang trip kali ni tak berapa best. gerimis mengundang tak henti. nak kata aku karaoke tak gak. ada gak suara haram yang melalak tak henti-henti nih. gyahh! chance nak tengok sunrise or sunset memang kirim salam je lahh.
walaupun hujan rintik-rintik.awan mendung kelabu. ombak laut meroyan. sedikit pon tak melenyapkan suasana 'keluarga' penduduk taman bestari ni. wah siyes segala bagai silaturrahim, perpaduan, integrasi, and so on. dapat dipupuk dengan jayanya bak kata pengerusi taman bestari. (ayat poyo nak mampos!)
malam pertama tu. buat bbq kat tepi pantai. dah la ombak mengganas. kena hempas. semua sekali lesap. nasib la tak jadi pape.. bila malam dah semakin larut. mak-bapak dok main kotak beracun. siyes cam kanak-kanak ribena. aku tumpang gelak je.berlarutan sampai ke dinihari. main embun lagi. rasa nak demam lak ouh tetiba.
family day kali ni. seronok sangat. walaupun muka dah sunburn tahap ketujuh.adehh pitam!



2 comments:
tu dia!!! seronok aih p sana.. hahaha.. walaupon sunburn kan.. hahaha
peh! bestnye holiday..
sunburn tahap ke 7 ye?
mcmane tu?
Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/serasi-bersama.html
Post a Comment