pagi jumaat. sejuk dan rasa macam kat genting. nak jugak merasa pagi kat perth ke..frankfurt ke..ahh berangan sungguh...dush! kasi lebam biar bangun dari mimpi.
ekceli aku baru bangun tido neh. mamai-mamai mintak lempang jewp. turun katil pon tidak dah online. hebat kan. abaikan perilaku ini. saya sedar perangai macam ni tak boleh buat menantu....errr
ada aku kesah? gyahaha
hari ni mood aku cambest..sebest mentari yang menyinar. burung berkicauan dan kanak-kanak riang berlari. walaupun aku masih lagi sentap dengan mangkok hayon sorang ni. sigh~
aku ingatkan dah habis sandiwara cerekarama dia.. tapi belom lagi. and its wont stop. macam mana nak habis kalau ego kau melangit sampai langit ke-7? tu la orang cakap.. ego seorang lelaki nih lebih tinggi dari KLCC dan lebih besar daripada kubah masjid putra. salah sendiri tak nak admit.. salah orang lain cepatt je jari chantek ko nak menunding.
ego atau angkuh yang tinggi tuh sebenarnya bagus untuk dijadikan modal nak survive dalam idup kan. its a sense of self-importance,, tapi kalau dah tinggi tapi ada kepalatan berlaku di situ.. apa jadahh semua ni? ahh bosan nak melayan karenah sang egois nih.. aku pon akui ada kala ego aku membuak. tapi tidaklah seserakah mangkok hayon nih.
lelaki ego? its normal. dan itu sifat semulajadi kaum adam. girls out there. you just have to deal with it. kena tahan dan sabar je lahh ngan ego kitorang kan.. macam mana kitorang sabar ngan sikap kaum hawa. its fair right? win-win situation.
women-girls -ladies-female-or even shemale ada jugak jenis ego yang sama taraf dengan lelaki (shemale lain cite :P). aku ada jumpa seorang kaum hawa yang ego nya sama melangit macam mangkok hayon neh.. haihh.. ada masa rasa sentap jewp. kalau nak bidas apa dia cakap pon boleh jadi gaduh kot..owhh tak nak kalah walaupun fakta kau tu auta semata... tapi nak wat macamne..dah ego kau tu terbenam dalam lubuk hati..
aku bukan nak bangkitkan isu sexism. which is girls or boys. mana lagi ego besar gajah bagai..just menzahirkan perasaan tertindas dek ke-ego-an insan-insan terpilih seperti di atas. aku rasa ramai lagi sentap ngan mereka yang ego besar gajah kan.. aku selagi boleh sabar..sabar je la. kalau dah tak boleh bla..aku yang blah teros dari mereka. senang cite..tak payah jumpa orang yang ego besar gajah macam ni..
those who had big ego. please-lahh bukan kamu sorang je ego.
kalau kita mengalah sekalipun tak bermakna kita kalah.
just think twice and be wise!

2 comments:
certain2x manusia can gitu...asyik ingat diri masing2 je betul...sabor2x
superb la entry ni ! tp kadang2 ego tu perlu muwahaha
Post a Comment