Main Masak-Masak.

heee..malu tak malu...aku nak jugak buat benda ni. kalau kau nak kutuk aku. aku tak pedulik sebab aku memang dah lama nak buat perkara ni..tapi asyik tak kesampaian sajew. huhu.

semua ni angkara room mate aku fendi (dia suruh mention kat blog bahawa ini semua idea dia. xleh bla ok.) sebab dia nak sangat buat steambot. tapi dia nak steambot kangkung ngan ulam-ulaman saje..motif???? adess serupa kambing sudah.

jadi dengan inisiatif kami bersepakat untuk buat real steambot punye..oyeah.. jadi dengan semangat yang berkobar-kobar..kitorang terjah tesco hyper.. sebab lebih banyak pilihan compare to sg. dua punya tesco... setelah memunggah barang yang ada disana..kitorang pon memulakan aktiviti masak-masak. hehe

siyesly aku bukan seorang yang pandai masak macam che wan ataupun chet  two.. tapi kalau basic tu boleh la..haha.. then acara celup-celup bermula..wah siok..ada fishball, ada sotong, ada udang, ada ketam, ada macam-macam lah..

antara bahan-bahan yang bakal di baham oleh kitorang...nampak cam sikit je..tapi takpelah..sikit-sikit pon kongsi sama rata..lagipun dah lama tak makan ramai-ramai ngan member.. tapi persoalannya.. boleh ke bujang-bujang ni memasak..


haha persoalan itu tak payah la nak difikirkan sebab kitorang buat steambot ini cara kitorang sendiri..dengan menggunakan rice cooker yang dipinjam dari pakcik habib...kitorang buat kuah sup untuk celup-celup..kalau pakai air kosong je cam tak best plak kan....kuah sup tu pakai letak stok ayam 6 ketul.. bapak banyak..rosak kidney aku dowh~


setelah stok itu kelihatan sebati.taburkan dengan daun sup secukup rasa.lepas itu, tanpa berlengah atau erti kata lain..dengan gelojoh tanpa menunggu air mendidih...bahan-bahan untuk dicelup itu pon dimasukkan.dan biarkan beberapa minit.


keputusannya, wow sangat hebat.macam steambot kat queensbay tuh..haha... siyesly..kitorang kasi kenduri la  dan sampai tak terhabis..sebab banyak sangat kot..masa beli bahan cam sikit ja..bila dah masak...banyak gilak. adess tapi okieslah.. sebab berbaloi. kalau nak dibandingkan makan steambot kat queensbay tu.. hehe

nampaknya lepas ni boleh buat pasta ke..makaroni cheese ke..wakakakaka.. 
dah boleh bukak restoren nih...
ouh tetiba jewk!




3 comments:

chuu said...

huyooo., best2 \(^o^)/

Nesa Wazir said...

uh~jeles2

Haziq Zainal said...

lepas ni masak untuk aku pulak okay? bilik aku takda rice cooker la. haha