projek aku tergendala. arghh dem. sangat menchi di kala hujung sem ni. semua serba tak kena..serabut wotak dengan projek school then problemo yang menggilak. adess..mulot berbuih jap...merungut tak sudah..sila laksanakan kerja anda kalau rasa ini buang masa.. aku masih lagi menanti dia..rasa vongeks pon ade sebab menanti suatu yang tak pasti.. dush~ ketok pale sendiri dengan botol ribena. kelas pilihan kau maria~
semalam rasa vongeks itu memang jelas. entah. semua serba tak jadi. nak siapkan essay psikologi pon tak de idea. nak sambung buat drawing pon macam taik palat. apatah nak buat poster. siyes tak de mood. ouh tak best nya~!
rasa macam jatuh tergolek-guling kat lereng bukit bila 'feel' tu menyerang...kenapalah aku boleh lemah sangat..tak cukup kuat lagi kot..tak cukupkah dengan dugaan yang melanda..kenapa ditambah lagi rasa ni yang buat aku rasa cukup sempurna.~ya sangat sempurna. terima kasih.
aku sendiri pilih jalan ni. aku sendiri kena tanggung sorang-sorang kan.. tak payah nak susahkan orang lain asalkan aku masih boleh hidup dan buat kerja aku sendiri. walau aku terjatuh terjelopok sekalipun.. aku kena bangun sendiri. bangun dan bersihkan lumpur kekotoran yang melekat.walau masih lagi kelihatan parut luka tu tapi aku redah jew.jalan dengan penuh konpiden.
pedulik hapa!
jatuh bangun aku sendiri.
kau! kalau nak gelakkan aku. silakan. kalau nak tengok aku jatuh sekali lagi. aku izinkan. tapi tak sedar ke? dunia ni berputar.hidup ni bagai roda. kadangkala kita diatas adakala kita di bawah. kalau kau fikir kau cukup bagus dengan apa yang kau buat sekarang ni. kau boleh teruskan..dan bila tiba masa kau pula di bawah.. aku cuma mampu tersenyum. sebab kau sendiri tak pernah nak ambil iktibar daripada aku yang tertonggeng nih. haihh siyes aku jadi rimas dengan diri sendiri bila dah merapek nih..oh tolonglah~
lagi perit bila saat terjatuh..tiada tangan yang menyambut. ok that is fine to me. but some reason. aku rasa oh memang gila. mana tangan-tangan yang menyambut aku waktu terjatuh ni? mana? mana mereka yang gelak mengilai bersama aku tadi?mana? kan..terus hilang entah kemana. tiada tangan yang menyambut menyebabkan aku jatuh secara kritikal. parah dowh!. menggeletar urat saraf bila aku terpaksa bangun secara perlahan-lahan dan cuba berjalan semula. ades cam baby baru nak berjalan pon ada gayanya.
bila terjadi situasi di atas. apa yang mampu aku lakukan hanya mampu berdoa. semoga aku tabah menghadap itu dan ini di depan aku. aku cuba belajar dari kesilapan lepas dan masih lagi menanti apa yang bakal aku hadapi selepas ini.
no matter what.
show must go on
jom joget~!
haha :P
tenkiu to 'mereka' sebab sedarkan aku :)
2 comments:
caiyok azam!
kite joget d0lu., ;P
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
eeemmm jatuh bangun sendiri... tapi kalau sudah jatuh ditimpa tangga ditimpa syiling umah timpa lagi bumbung umah ... timpa lagi dinding...
nahhhh disitu kita perlukan pertolongan jangan sombong ye
Post a Comment