A Week of Disaster

It's Sunday. and I stay home.

untuk hari Ahad yang pertama dalam tahun ini. sila tepok tangan.

selepas minggu yang disaster. I guess. bermula hari Isnin. sakit tekak yang acah-acah nak batok. kena pergi HQ pulak tu. by the end of the day. ada orang bagi teh herba Cina. ya Allah hu Robbi. pahit nak mampos rasa macam minum teh O yang dicampur dedak ayam. eh. balik rumah sakit perot tak terhingga. amekaw!

Selasa. batok dah hilang. suara kembali lunak merdu. ah muntah hijau kan. tapi, sakit hotak kena kejar-kejar siapkan last minute job order. tahu tak last minute tu sangatlah tidak disukai. ah. nak pengsan tapi takleh pejam mata. 

Rabu. bangun pagi macam biasa buat perkara biasa. memandu mengharungi kesesakan. tiba di opis. mana kasut kita? hanya berselipar yang boleh diklasifikasikan sebagai selipar jamban! berangan la kau!

Khamis. dressed up as casual as possible. just my old grey khakis and simple white shirt. dalam cubaan nak memakai kasut. kena lah tunduk sikit kan. dan tetiba button kat seluar tu tanggal. macam haram tak. itu satu pesanan ke sindiran sebenarnya ek? 

Jumaat. evacuation! evacuation plan yang harus disiapkan segera. level 1 sampai level 20. sobs. nasib sempat wak.boss kita bagi Job order macam nak order cendol je kat kedai mamak. aiyooh.

selepas selesai Solat Jumaat tempoh hari. kepala hotak dah girang gembira cadang-cadang nak pergi sana-sini by this Saturday. (yesterday) tapi semua tu poyo! sebelum sempat kaki nak keluar dari opis. my boss panggil. dia mintak dan merayu. supaya esok (sabtu) masuk kerja. as supposedly this Sabtu is my off day. rasa nak ambil lesung dan hentam muka my boss. tapi apakan daya. turutkan jua. and the best part is. person yang sepatutnya kena kerja this week ambil kesempatan minta cuti. hanjeng kan. takpe wak. hari ini hari awak. takpe. sabar. tapping my shoulder. 

as long as kita buat perkara yang memang dalam bidang kita. itu semua tak jadi masalah. menikmati setiap saat yang berlalu itu dengan hati bagai penjual bunga. gitew! walaupon kan..


hmm. kuatkan semangatt!







No comments: