Wanita Inspirasiku 2010

wanita ini sangat bermakna dalam hidup aku. seraut wajah yang sering menemani tidur aku. belaian manjanya buat aku terdiam daripada esakan. suara pujuk rayunya buat aku lenyap daripada kemarahan yang membuak. gelak tawanya menghilangkan sendu di hati aku. dia sangat istimewa buat aku. sungguh!

jika dilihat dari wajahnya yang tenang, aku takkan tahu apa sebenar-benar yang terpendam di benaknya. aku juga tak reti nak tafsir isi hati dia. sedangkan dia sering buat orang lain tertawa bahagia. di hatinya? hanya tuhan yang tahu. pengorbanan yang dia lakukan teramat besar dan dia sekalipun tak pernah mengeluh. beban yang dia pikul selama ini dia galas dengan kudratnya. sedikit pun tak pernah mengadu.setabah wanita yang pernah aku temui. maka dialah orang itu. 

Dia. 
banyak memberi dorongan dan panduan untuk aku. jika aku terkandas buntu untuk buat pilihan. dia akan beri jalan penyelesaian. jika aku terjatuh dari landasan. dia akan papah aku untuk bangun semula dan berjalan. jika aku terlupa dengan yang maha pencipta. dia akan ingatkan aku sebaik-baiknya. jika aku hilang pertimbangan. dia akan segera meredakan ketegangan. jika aku tersilap langkah. dia akan perbetulkan keadaan. dia segalanya untuk aku.

Aku.
ketika ini tak mampu membahagiakan dia dengan wang berjuta. mahupun kasih sayang yang selayaknya dia terima. tetapi hanya sepotong doa di setiap kiblatku yang mampu aku berikan. supaya mengiringi langkahnya setiap hari. 

Aku dan Dia.
kami jauh terpisah antara utara dan selatan. perpisahan kami disebabkan aku perlu meneruskan pelajaran di salah sebuah IPTA di utara tanah air.itu impiannya yang tak kesampaian. Di selatan tanah air, dia menghitung hari dan sering berharap aku akan pulang kepangkuannya. setiap kali aku pulang di sisinya. dia sedaya upaya memberi layanan yang terbaik untuk aku. walaupun waktu pertemuan itu amat singkat. dan setiap pertemuan akan ada perpisahan. dan setiap perpisahan kami di akhiri dengan kucupan sayang dan lambaian mesra. walau dalam hatinya tak sanggup berpisah jauh. namun dia redha dengan ketentuan ini. Dia berharap sangat aku berjaya satu hari nanti. harapan dia bagaikan nadi aku untuk terus berjuang di sini. dan aku sememangnya merindukan dia. 

kerana dia wanita pertama dalam hati aku.
wanita yang aku panggil ..

mama.
angah sayang mama.
muahh :P



this post was published for 'wanita inspirasiku 2010' contest. 

sebarang kepelikan atau kemuskilan sila klik image di atas. 
dateline : 20th January 2011. 

tagged : 
randomly ,dua orang yang bertuah. :)


6 comments:

AfiQ said...

azam... suweet nyer... huhuhu.. sgt best baca.. =')

ada mokhtar said...

so sweet =)

Nesa Wazir said...

ololoo~ sweet~

Chuu Muqhlis said...

anak mithali., ouchh :)

scha_iera said...

syira pn syg mama noor ...

tiefazatie said...

tahniah awk mng!
bestnya kata2 awk..sweet..=)