diam tak diam dah seminggu kita menyambut syawal..rasa sekejap masa berlalu..dan rasa tak best~!! lagi dua hari aku akan balik ke pulau itu..waaa rasa berat mahu meninggalkan tanah semenanjung ini...walaupun pulau itu sangat 'indah' tapi semenanjung ni lagi permai sebab ada kamu dan kamu..
bila kat rumah ni jadi baik jap..dengar kata menurut perintah...huhu..seminggu berhari raya macam baru dua hari beraya...rasa tak berapa meriah macam tahun-tahun sudah..mungkin sebab aku tak beraya umah member lagi kot..
tahun ni pon kuih raya ape tah yang lecturer bagi..still in progress dan tak proceed lagik..geram gyle kot..ape jadah kemudahan e-mail..dah mail kat fb pon tak layan..haiyo..kesudahnnya..kuih raya tu terbiar bersemut...ahhh persetan kuih raya tu..wat semak percutian sajew.. huhu..
raya seminggu dimulakan beraya di Kluang, umah nenek sebelah cik norlee pastu sekitar jalan biru 4,taman melati tu..tahun ni kazen tak ramai yang balik..ouhh sungguh boring.. raya kedua macam biasa kat area batu pahat dan muar..raya rumah sedara mara sebelah atok..sumpah aku tak kenal dorang walaupun setiap tahun jenguk mereka.. haha raya ketiga disambung ke kawasan sayong dan bukit ramon..tengok family nenek plak..raya ketiga tu jugak beraya di chamek-kluang..menziarahi keluarga sebelah cik ramlee..raya ke-empat paling perit sebab sampai ke seremban aku tercampak..beraya rumah family maksu...turun kebawah sket singgah melaka plak..dan raya kelima tak beraya umah sesapa pon..tapi merayap habiskan masa kat uptown..raya ke-enam jumpa kawan bucux aku yang amat dirindu..dengan secara kebetulan cuma ayie jew ade hal tadi..tak dapat jumpa..jumpa pon kat tebrau city..kejadahan la kan.. raya ke-tujuh.. harini la kan..nak pergi pasir gudang-masai kot..terjah umah sedara yang sorang tuh..
haih kalau diikutkan banyak lagi tempat belum dikunjungi..tapi apakan daya masa makin suntuk..ruang makin sempit.. so kalau tak dapat beraya rumah kamu dan kamu...saya sangatlah mintak ampun dan maaf...next year make sure aku nak beraya ngan besties aku..
no matter what~!!
papepun.. kepada kamu yang membaca belog ini.harap diampunkan andai ada penulisan aku yang teruk dan cipett...aku menaip ikut sedap rasa je..kadang-kadang tak sedar apa yang aku taip tu buat orang lain sentap..atau kadang-kadang aku malas nak hapdet..malas nak blogwalking..malas nak komen..huhu..aku memang sengkuang bila bab-bab nak mintak ampun ni...ayat terabur cam bijik betik~! hak3 kira kosong-kosong la yer.. :) ..akhir kata..
Selamat Hari Raya Aidilfitri~!



1 comment:
raya dah seminggu dah bro
tukar uniform plak
hehehe
pape pon, ko bergaye dgn dslr baru
;P
Post a Comment